Monday, March 5, 2012

Kesian Pasola Menteri

Kesian Pasola Menteri

Di negeri Pasir Berdengung

Pasola Menteri mencampakkan umpan

BR1Mdiberi namanya

bodohkan ikan

tertelankah matakail setelah umpannya habis.

Kesian Pasola Menteri

di mana-mana umpan ditelan

matakail tersangkut di batang berduri

wang rakyat cair di beting berselut

dan kami memunggah hanyir sekeping hati yang mati

menjadi hiasan mimpi di langit tanpa mentari.

BR1M,Projek menampong kapal bocor

setelah kapal hampir tenggelam

rakyat tercampak bersama subsidi yang dipersalahkan

langsung ribut memukul kapalmu siang malam

mahu kau tungkat kapalmu yang mereng akan tumbang

berapa banyak projekmu yang menembuskan kapal sana sini

kau suapkan rakyat dengan BR1M

mahumu kami jadi pelampong mengangkat kapalmu dari karam

mahumu kami jadi penyelamat dikala malaikat maut mahu mencabut nyawamu

dan kami berangan-angan menaiki kapal baru yang lebih selamat

yajuk

bukit jering

28 feb 2012

No comments:

Post a Comment