Monday, March 5, 2012

901
















Kesian Pasola Menteri

Kesian Pasola Menteri

Di negeri Pasir Berdengung

Pasola Menteri mencampakkan umpan

BR1Mdiberi namanya

bodohkan ikan

tertelankah matakail setelah umpannya habis.

Kesian Pasola Menteri

di mana-mana umpan ditelan

matakail tersangkut di batang berduri

wang rakyat cair di beting berselut

dan kami memunggah hanyir sekeping hati yang mati

menjadi hiasan mimpi di langit tanpa mentari.

BR1M,Projek menampong kapal bocor

setelah kapal hampir tenggelam

rakyat tercampak bersama subsidi yang dipersalahkan

langsung ribut memukul kapalmu siang malam

mahu kau tungkat kapalmu yang mereng akan tumbang

berapa banyak projekmu yang menembuskan kapal sana sini

kau suapkan rakyat dengan BR1M

mahumu kami jadi pelampong mengangkat kapalmu dari karam

mahumu kami jadi penyelamat dikala malaikat maut mahu mencabut nyawamu

dan kami berangan-angan menaiki kapal baru yang lebih selamat

yajuk

bukit jering

28 feb 2012

Sajakku Royalti Kelantan

Sajakku”Royalti Kelantan”

Hey, I don't like this post. Please remove it.

The post in the group, "SASTERA MELAYU":
Tanka +Senryu =Tankyu
Royalti Kelantan

Satu bilion
wang royalti Kelantan
jadi wang ehsan
Tok Pa mendabik dada
bangga berbuat dosa

Dari royalti
jadi wang ehsan
butakan mata

Kau kaya raya
rompak wang royalti
kamu siapa

Kau berkuasa
apa saja kau buat
halal belaka
kau junjung hukum rimba
kau kuat kau keramat

Kau pahat luka
menabalkan raja rimba
di tabir besi
menukar demokrasi
jadi demo kerasi

yajuk
bukit jering
05 feb 2012

Aku dikejutkan melalui peti pesanan laman fb.Terkejut aku dengan gaya
bahasanya,aku cuba menyelidik dari siapa pesanan biadap ini.Ternyata
kemudian dari profilnya,dia bukan calang-calang orang.Dia pegawai tinggi
kerajaan yang ada sangkut paut dengan tugas mendidik anak bangsa agar
menjadi manusia terpelajar dan paling penting membentuk mereka menjadi
warga negara yang bertanggungjawab dan mempunyai budi pekerti yaqng
mulia.Dia PKP di sebuah sekolah menengah yang sama negeri
denganku,Negeri Kelantan tercinta,yang terkenal dengan gelaran Serambi
Mekah.Tak sangka pula aku dia seorang cikgu.

Begitu biadap dia.Tanpa memberi salam,terus mengherdik.Agaknya dia
perasan aku sebagai budak pejabat dia barangkali.Atau mungkin dia
perasan aku seperti cikgu-cikgu di sekolahnya barangkali.Tak
tahulah,malas aku nak fikirkan apa yang ada dalam benak kepalanya.

Aku dapat bayangkan bagaimana caranya dia melayan aku jika aku
benar-benar budak suruhan di pejabatnya atau aku benar-benar cikgu di
sekolahnya.Alhamdulillah aku bukan budak suruhan di
pejabatnya.Alhamdulillah aku bukan cikgu di sekolahnya.Jadi tak payahlah
aku melihat betapa huduh wajahnya yang sedang marah-marah atau sedang
menyepak kerusi kerana amarahnya yang tak terhingga kepadaku kerana
menulis dan menyiarkan sajak Royalti Kelantan ke wallku dan
kumpulan-kumpulan sastera yang ada di fb ni.

Tak terduga aku,betapa pada zaman glokal dan zaman dunia tanpa sempadan
akan menemui pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang masih terikut-ikut
dengan perangai penjajah yang tak boleh di tegur dan di kritik.Lupa
agaknya dia ini bukan zaman kereta lembu atau motor galah yang perlukan
berhari-hari perjalanan untuk sampai ke Kota Bharu,berminggu-minggu atau
berbulan-bulan atau bertahun-tahun perjalanan untuk mengelilingi
dunia.Lupa agaknya dia orang setiap saat,setiap jam dan setiap hari bisa
mengelilingi dunia.Boleh terbang dan boleh hinggap di mana saja yang
mereka suka.Sungguh kasihan,dia masih berada di zaman lampu Aladin atau
zaman tikar terbang.

Apa tak kena dengan sajak Royaltiku,kenapa agaknya si cikgu ni begitu
benci dengannya hingga dia lupa diri dan lupa hakikat.Jika dia sedar dia
seorang cikgu rasanya dia akan malu pada dirinya untuk bersikap begitu
padaku yang tak dikenalinya secara dekat,atau mungkin juga cikgu ni
sedang bermimpi untuk dinaikkan pangkat nak jadi Guru Besar pula
kut,maka dia nak tunjuk hero dan buat jasa.Atau mungkin juga dia sedang
bermimpi untuk menjadi calun YB dalam PRU 13 nanti kut,jika sajakku itu
tak di keluarkan akan menimbulkan bahaya kepada hasratnya untuk menjawab
persoalan royalti yang sudah berlarutan beberapa kali pilihanraya dan
dia sedang buntu untuk menjawabnya.Biasanya bila sesaorang itu
marah-marah dengan sebab yang tak sepatutnya dia marah,berarti dia
sedang merasa pedas dari lada yang dia makan.Entahlah aku tak nak fikir
panjang tentang kebodohan orang,takut berjangkit pula nanti.

"senang saja kalau tak suka..buang habis cerita." jawabku melalui peti pesanan tersebut.

"saya tak suka sajak royalti awak, tidak objektif
Dah RM8B BN bagi kepada rakyat Kelantan, royalti juga awak canang."sambungnya

"Itu bukan masaalah yang di persoalkan tuan.masaalahnya ialah ke mana
wang ehsan di salurkan dan kemana wang royalti di salurkan.Kenapa mesti
ada dua kerajaan negeri di Kelantan.Satu kerajaan yang di pilih oleh
rakyat tapi dinapikan haknya dan satu kerajaan yang dilantik oleh
perompak yang boleh berbuat apa saja."balasku sedikit kepanasan.

Tak ku duga seorang pentadbir boleh melontarkan ayat sedemikian bodoh
untuk menapikan hak kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk mendapatkan
wang royalti yang menjadi haknya.Aku menjadi begitu yakin sekarang parti
yang didokong si cikgu ni sedang terhimpit dan kepupusan idea dan
alasan untuk menghalalkan tindakan mereka merampas wang royalti yang
sepatutnya menjadi hak kerajaan Kelantan yang di pilih rakyat.

Aku kembali menyemak sajakku yang bertajuk "Royalti Kelantan" yang
merupakan gabungan kepada Tanka dan Senryu,dua daripada tiga puisi yang
berasal dari Jepun yang aku tahu.Aku membaca rangkap pertama yang
merupakan sebuah Tangka berbunyi;

Satu bilion
wang royalti Kelantan
jadi wang ehsan
Tok Pa mendabik dada
bangga berbuat dosa.

Dalam rangkap ini aku menyebut nama Tok Pa tanpa berselindung kerana
aku memang marahkan sikapnya yang berbuat baik dalam jahat demi menjaga
kepentingan parti yang diwakilinya dengan ikut bersubahat dengan
gerombolan yang merampas wang royalti dari Kerajaan yang dipilih oleh
rakyat Kelantan dan menukarkannya menjadi wang ehsan yang kemudian
disalurkan ke Kelantan melalui Tok Pa sendiri selaku peneraju parti
gerombolan di Kelantan yang kemudian bertindak membelanjakan wang
tersebut sesuka hati.

Salahkah aku menimbulkan persoalan ini,lihat betapa mereka bertindak di
luar batasan dengan melantik penghulu di setiap kampong yang
sememangnya sudah ada penghulu yang sah menjadikan sebuah kampong di
Kelantan ada dua penghulu,melantik penggawa bagi setiap daerah yang
sememangnya sudah ada penggawa yang sah.Begitu seterusnya di seluruh
kelantan.Lihatlah betapa kemusnahan sistem dan budaya yang mereka cipta
untuk disuapkan kepada rakyat Kelantan.Siapa yang tak marah dengan
kecelaruan yang mereka ciptakan untuk rakyat Kelantan.Apakah
tindakan-tindakan ini bukan suatu kejahatan dan bukan suatu dosa yang
dibanggakan.


Rangkap kedua sajakku yang merupakan sebuah senryu,terdiri dari 3 baris;mengandungi 5/7/5 sukukata,berbunyi:

Dari royalti
jadi wang ehsan
butakan mata

Apa yang tak kena dengan senryu ini,atau memang tajinya sudah tepat
mengena maka begitu marah sang cikgu pengampu ini kepadaku.Agaknya
memang benar mereka mahu butakan mata rakyat Kelantan dengan menukar
wang royalti jadi wang ehsan.Agaknya mereka memang sedang dihantui oleh
rasa bersalah yang amat sangat hingga begitu takut bila mendengar orang
menyebut tentang royalti dan wang ehsan ni.Agaknya mereka memang sedanng
histeria hingga tak dapat bezakan antara bebayang dan hantu.

"Semua kepada rakyat Kelantan juga. Kita dah bagi RM600j untuk air, apa Pas buat?
RM17j untuk industri halal, Pas buat beli cat je
Apa nak dibanggakan dengan Pasar Wakaf Cheyeh berbanding dengan TEMAN
Pas dapat berapa % pengiundi Kelantan?".

Soalnya lagi dalam rasa tak puas hati yang menampakkan lagi kejanggalan
pemikiran seorang pegawai yang diamanahkan mendidik anak bangsa menjadi
manusia terpelajar dan berbudi pekerti mulia serta bertanggungjawab
kepada Agama,bangsa dan negara.

Terpikir di benakku,mampukah dia menjalankan tugasnya untuk mendidik
anak bangsa menjadi orang yang berguna kepada agama bangsa dan
negara.Melihat kepada identiti cikgu sebegini aku menjadi tidak
hairanlah jika anak-anak murid yang dilahirkannya menjadi tak keruan dan
hilang diri.Hanyut menjadi buih.Cikgunya kencing berdiri pasti anak
muridnya kencing berlari.Mana mungkin ketam bisa mengajar anaknya
berjalan betul.


Tiba-tiba berdetik suara jahat di hatiku.Andainya akulah menteri yang
bertanggongjawab menjaga kementerian pendidikan.Alangkah malunya aku
mempunyai pegawai di bawah jagaanku yang bertaraf eksekutif,tapi punya
pemikiran bertaraf tukang sapu.Pasti hari ini juga aku turunkan
pangkatnya dari PKP,kepada Budak Pejabat atau Tukang Sapu;baru padan
dengan kelas pemikirannya.Alhamdulillah aku bukan Menteri.Alhamdulillah
aku bukan Setiausaha Kementerian.Alhamdulillah aku bukan Pengarah
Pelajaran Negeri.Aku cuma seorang petani yang kais pagi makan pagi.Tak
dapatlah aku melaksanakan desakan suara jahat yang berdetik di
hatiku.Alhamdulillah juga aku bukan penulis terkenal yang berkuasa di
akhbar-akhbar tersohor kalau tak akan ku tulis sebuah pojok
bertajuk"Turunkan Segera Pangkat Seorang PKP,yang mempunyai Mentaliti
Budak Pejabat"..haha..alhamdulillah Tuhan selamatkan aku dari melakukan
dosa sedemikian.

"Wang untuk nelayan musim tengkujuh siapa yang bagi? RM200 sebulan.
Wang KWAMP untuk pelajar miskin? Awak tak bincang pun".Tambahnya lagi bertubi-tubi.

Memang sah orang ini agak luas juga pengetahuannya.Malangnya penerangan
yang diberi tak kena pada tempatnya.Dia sangka padang tempat dia menari
tidak berduri,tapi ternyata rupanya banyak jelatang gajah yang
tersangkut di kaki.

Naik meluat aku dengan soalan dan jawapan yang diberi;

"Tuan ni bercakap atas dasar apa sebenarnya...jangan jadi
jakunlah..bila Pas menang ,ikut dialah dia nak buat apa,kenapa pulak
kamu merampas kuasa yang telah diberi oleh rakyat.Pulangkan 1 bilion
wang royalti..kita lihat apa yang pas boleh buat..kenapa kamu rampas
wang yang menjadi hak Kerajaan Kelantan."balasku dalam keadaan agak
marah.

"tak payahlah kamu nak bilang apa yang di buat oleh BN..aku ada duit aku boleh buat lebih dari apa yang BN buat".sambungku lagi

"Dalam perjanjian dengan Petronas tak ada pun ungkapan "royalty" ini
lah dasarnya. Pas ungkit benda ni untuk politik je".Balasnya pula,cuba
menapikan perjanjian yang telah di buat.

Betullah ini ayam jabat.Berdetik suara di hatiku.Kesal dengan penapian
yang barangkali sudah di programkan begitu.Nampak sangat dia sudah
kehilangan punca dan idea untuk menjawab segala persoalan tentang
royalti ni.

Patutlah dia begitu marah dan terus mengherdik bila membaca sajakku tentang Royalti Kelantan.
"Hey, I don't like this post. Please remove it."
Timbul rasa nak ketawa pulak hatiku ini..haha.

Petala apakah yang sedang menimpa bangsaku ini,yang jahat dipuja dan di
sanjung,yang baik dihina dan dizalimi.Yang berbohong dipercayai,yang
benar difitnah.Yang bodoh dan pengampu diberikan pangkat,yang jujur dan
ikhlas menjalankan tugas dengan efisyen,diabaikan hingga layu dan
kering.Sungguh gerombolan sedang melakukan kemusnahan yang tidak boleh
dimaafkan sampai bila-bila.Tunggulah balasan Allah untuk kamu wahai
manusia yang zalim.

Agaknya gerombolan memang sudah lupa sejarah.Tiada satu pun kuasa yang
ada di dunia ini yang kekal.Semuanya runtuh dan ranap.Kezaliman tidak
pernah tahan lama;yang baik dan benar saja boleh kekal lama dunia dan
akhirat.Sekuat-kuat Firaun akhirnya runtuh di tangan Nabi Musa AS, anak
angkatnya.Segagah-gagah Namruk yang memerintahkan semua anak lelaki yang
sudah besar dan baru lahir dibunuh,akhirnya runtuh ditangan Nabi Allah
Ibrahim yang juga merupakn anak angkatnya.Lihatlah wahai gerombolan,tak
ada siapa yang dapat menyelamatkan kamu dari kemusnahan apabila Allah
mahu memusnahkan kamu.Ia akan datang dari orang yang tak kamu sangkakan.

Telah berpuluh tahun isu royalti berlarutan,telah berkali-kali
pilihanraya rakyat Kelantan tidak memilih kamu untuk memerintah di
Kelantan dan insaallah rakyat Kelantan akan mempertahankan Kelantan dari
jatuh ketangan kamu wahai gerombolan.Telah bertemu buku dengan
ruas.Kezaliman kamu akan terus melahirkan Musa-Musa yang tak kamu
sangka,Kezaliman kamu akan melahirkan Ibrahim-Ibrahim yang tak kamu
duga.Kedurjanaan dan kekufuran kamu akan melahirkan maknikam-maknikam
yang tak mati walau kamu rendam dalam lumpur hitam fitnah kamu.

Kau kaya raya
rompak wang royalti
kamu siapa

Kau kaya raya,tapi kau masih mahukan wang royalti yang menjadi hak
rakyat Kelantan.Kerajaan Kelantan perlukan wang royalti untuk
melaksanakan pembangunan di Kelantan.Tapi kamu rampas haknya kemudian
kamu tanya Kerajaan Kelantan apa yang telah kamu buat untuk rakyat
Kelantan.Memang bahlul kamu.Kamu rampas hartanya supaya jatuh
miskin,kemudian kamu tanya apa yang Pas buat,memang kamu
perompak,penjahat dan penghianat.Tepuk dada tanya iman kamu wahai
pencacai gerombolan.

Sungguh aku kasihan,seorang PKP;bersikap seperti budak hingusan.Melalak
tak tahu mana hujung pangkal.Memang sah beginilah jadinya bila kera
mendapat bunga.
“Orang Pas yang bawa kes ni pun dah meninggal mati aksiden”
“Ladang Rakyat dan Lembah Sireh Pas bagi siapa? Penduduk KG SIREH dah jadi macam setinggan. Jalan ditutup”.
Tambahnya mengungkit segala yang Pas lakukan dalam kedaifan yang
disebabkannya.Dia tak tahu meludah ke langit;air liur akan jatuh ke
batang hidung sendiri.Dia tak tahu menepuk air di dulang akan terpercik
ke muka sendiri.Memang dia PKP yang bodoh dan tolol.Tak selayaknya dia
mendapat bunga.Patutnya bagikan saja dia belacan.Biar dia garu
semahu-mahunya.
Alhamdulillah aku bukan bosnya.

“Nanti saya hantar nama awak kepada SB untuk siasat latar awak”.Herdiknya lagi.
Wow,berderau darahku,yang memang pantang diugut.Dia bukan saja kera
tapi anjing rupanya.Sah dia sudah jadi cacing kepanasan.Otaknya sudah
berada di kaki.Otaknya sudah tak berguna lagi.Sekarang dia mahu keluar
kuku dan taring.Sah dia bukan manusia.

Aku tahu memang kau ada taring yang tajam.Aku tahu memang kau ada kuku
yang panjang.Aku tahu memang kau ada kuasa.Kau bisa buat apa saja.Segala
yang kau buat semuanya halal,tak ada yang salah.Tak ada yang haram.Aku
memang tahu itu,tapi aku tak peduli panjang kuku kau.Aku tak peduli
tajam taring kau.Kerana memang aku sudah letih menunggu kau jadi
manusia.

Kau berkuasa
apa saja kau buat
halal belaka
kau junjung hukum rimba
kau kuat kau keramat.

"Silakan barua" kataku.
Memang aku sudah hot.
"Sikit-sikit polis,sikit-sikit sb,bincang pasal royalti polis,pakai
baju bersih,polis.Edar risalah,polis.Negara apa ini?.Malulah pada diri
yang berakal".Sambungku.

"Royalti" dah masuk makhamah tak boleh diungkit lagi.
Biar makhmah menentukannya".Katanya lagi.

"kamu buat sekolah mahu rakyat jadi lembu pedlot ..duduk atas kondominium
aku umur 30 tahun, aku letak jawatan guru..aku tak bergantung hidup dengan mengharap belas ehsan..tak payah nak ugut-ugut.
kamu nak jadi lembu..jadilah ,jangan nak bawa orang lain sama".balasku lagi.

Memang sah lelaki ini sudah habis modal.Otaknya sudah kering.Otaknya
sudah ditumbuhi dedalu dan bunut,maka polislah penyudah tempat penamat
kemarahan dan kebodohan mahu dipersembahkan.

Memang mudah mencari manusia binatang tapi sangat payah mencari manusia kemanusiaan.

Sekarang aku pasti di mana-mana wujud anjing pengintip yang sentiasa
mengawasi gerakgeri rakyat.Termasuk di fb ini,ada anjing yang menjadi
mata-mata kepada gerombolan yang bergelar “cyber trooper”.Begitu desas
desus di kalangan kawan-kawan di fb.Aku teringat kepada sebuah sajakku
yang bertajuk “Lari”,yang juga pernah kusiarkan di wallku dan
laman-laman kumpulan sastera fb berbunyi:

Lari

Lari,lari sekuat tenaga
sehingga peluruku tersasar

Lari,lari sekuat tenaga
hingga kukuku tak dapat mencakar.

Lari,lari sekuat tenaga
hingga taringku tak dapat menggigit.

Lari,lari sekuat tenaga
hingga anjingku tak dapat menghidu.

Lari,lari sekuat tenaga
hingga darahmu mendidih terbakar.

Lari,lari sekut tenaga
tetaplah kau terpenjara
sepanjang usia menjadi hamba

Yajuk
Bukit jering
23 nov 2011

Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka,tentu aku mengharap kehidupan
penuh harmonis dan tenteram,tanpa rasa takut yang melampaui batas
kemanusian;tapi ternyata hakikat kehidupan yang sedang
mengelilingiku,hasil dari kerja-kerja tak bertanggongjawab gerombolan
yang mahu membolot segalanya,maka aku merasakan di sekelilingku adalah
sebuah penjara yang tak mungkin aku dapat meloloskan diri dari segala
penindasan terancang gerombolan.

Kadang-kadang aku terasa seperti berada di kandang serigala.


Aku juga sudah jelas sekarang,kenapa si PKP pengampu ini begitu biadap mengherdikku;

"Hey, I don't like this post. Please remove it."

Tentu telah lama sajak-sajakku menjadi kudis di hatinya.Tentu
sajak-sajakku telah lama mula membarah dan memburukkan hatinya.Tentu
sajak-sajakku telah lama menjadi bara yang membakar hatinya dan hatinya
telah sentiasa mengeluarkan kepulan-kepulan asap nipis yang menunggu
waktu untuk meletuskan lahar.Seperti meletusnya lahar gunung berapi.Dan
bila terbaca sajakku tentang "Royalti Kelantan" laharnya sudah tidak
boleh dibendung lagi.Maka terpantullan ketulan lahar yang menampakkan
identiti sebenarnya.Identiti seorang budak pejabat yang diangkat menjadi
PKP kerana tugasnya sebagai mata-mata yang menjaga kepentingan
gerombolan.

Kukira memang terlalu banyak sajak-sajakku yang mengkeritik gerombolan
yang boleh menjadi kudis dan barah di hati dan otak PKP ini.Entahlah aku
pun dah tak ingat jumlahnya.Mungkin jika mahu tau jumlahnya bolehlah
tanya pada si PKP ini atau curi-curi baca nota-nota rahsia yang terdapat
dalam dairinya.

"Nama awak dah dihantar tunggu la, dia orang akan semak fb awak dan
tentukan kesnya".Inilah ayat terakhir yang dikirimkan si bahlul ini
kepadaku.

Ternyata sudah segalanya.Memang sah segala dakwaan.Tak perlu lagi banyak bicara.Kalimat terakhir telah terungkapkan.

Kau pahat luka
menabalkan raja rimba
di tabir besi
menukar demokrasi
jadi demo kerasi

Aku pun memang sudah letih.Mahu kutamatkan bicara dengan;

"Terima kasih",kataku.

Memang benar"Terlalu senang mencari Manusia Binatang Tapi terlalu susah mencari Manusia Kemanusiaan".

Yajuk
Bukit jering
10 feb 2012

Tak Faham-Faham

Orang Kelantan tak perlukan banyak janji,cukup dengan pulangkan wang royalti.Pasti rakyat Kelantan akan hormat kamu walau tak menyokong kamu.Bertambah banyak janji kamu bertambah muak rakyat Kelantan kepada kamu.

Kenapalah dia orang ni tak sedar-sedar.Payah sangat ke nak faham.Patutla asyik kalah saja.

Rasanya bukan dia orang tak faham tapi masih mahu buat tak faham kerana dihalang oleh perasaan tamak haloba lalu merasa boleh saja membodoh-bohohkan rakyat Kelantan.Almaklumlah muga Kelantan,negeri paling miskin dan paling mundur..haha

Jika dia orang datang untuk istihar pemulangan wang royalti pasti orang Kelantan akan berduyun duyun datang tanpa perlu di punggah dan dipaksa.Ini kerana takut malu orang tak datang di paksanya semua pegawai kerajaan dan separa kerajaan untuk datang walau dengan hati yang menyampah..hee malulah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.